Selasa, 1 Mei 2018

Hadija Dija part 8

PART 8.
======================================
Aku ingat aku yang mensyko, tapi aku yang di syko oleh mereka berdua. "Oh yaka?" jawab ku, ntahla aku mau cakap apa sudah ni, dalam otak ku, aku mau selamat kan rumah tangga ku. Di otak ku ni terbayang muka anak-anak ku, NUR SYAZA FARHANA & NUR SYAZA FARWIZAH, aku ingat dorang aku bagai dapat satu aura untuk terus berjuang dan meneruskan perjumpaan hangat ni.

.
Mungkin kamu ingat aku akan mengalah dan angkat kaki bah kan? No no no. Tidak sama sekali aku mengalah, aku belum puas berjuang, mengapa? Semua aku sudah ceritakan di part 5. Follow di sana.

.
Aku kumpul kekuatan untuk "melawan" seorang betina yang sangat kejam bagi ku, aku kata "tidak mengapala bah, kau kan memang pelacur, pelacur murahan!!!" balas ku tenang. "eh betina, aku dulu pun bujang juga, nakal juga,, aku dan dia ni rasa juga nikmat malam pertama tu macam mana", sambung ku lagi, "Aku jaga tu ke "Virginan" ku tu untuk suami ku". Tapi kau ni kenapa ya murah sangat harga diri kau??. Aku tak tau la mengapa aku sampai berbahas sampai ke malam pertama tu.

.
"Aku bujang dulu, laki orang aku tak main la perempuan, tapi kau ni, terlalu Murahan!!!  Kesian la bakal suami mu ni kan, tidak dapat rasa ke Virginan mu. Kesian!!! Puas p*** mu tu di ko*** !!!" Sambungku lagi, "kalau betul pun dia ni mau kawen, bukan Perempuan macam kau ni!!"  bentak ku, sambil menunjuk jari telunjuk ke arahnya. Pakaian jak jumpa aku malam tu memang macam pelacur Murahan!! Sakit hati ni tak tau la mau cakap macam mana bah.

.
Pokok nya semua sumpah serana keluar dari mulut ku, tapi aku rasa apa yang aku cakap tu aku dalam keadaan sedar , walaupun aku rasa high blood ku mencanak

.
Masa ni aku tengok dia tengah bengang, ntahla dia paham ka ndak apa aku cakap, biasala aku kan bercakap dalam bahasa Sabah. Pandai-pandai kau la betina memahami makian ku tu.

.
Keadaan menjadi tegang, perempuan tu memang tengah memancing kepanasan hati ku yang membara lagi terbakar ni,masi lagi dengan mau memegang tangan si bacok, si bacok elak, dia masi lagi memancing kemarahan ku, "perempuan murahan kau jangan sentuh dia " !!!! pokok nya semua yang berada di restoran mendongak melihat kami bertiga beraksi.

.
Sikit lagi sebenarya kaki ku yang panjang ni hingap di muka nya, keadaan menjadi bertambah tegang, si bacok aku tengok pun mula menampak kan kehuru haraan nya,  dalam hati ku berkata "begini ka gaya mu mau berbini dua?". Berhuhuhu la aku dalam hati.

.
Si bacok tarik aku,di tutup nya mulut ku yang masi belum puas berbahas, dan kami tinggalkan betina tu sendirian. Sempat juga la aku dengar amaran terakhirnya berbunyi begini "kau tunggu la bacok". Apa maksud betina tu aku pun tak tau.

.
Aku dan bacok menuju ke kerata. Dalam Kereta aku duduk diam terpaku. Aku menanges sekuat hati ku aku pengang dada ku, sakittttt!!!!!!!!  Si bacok peluk aku, dia menangis bersama aku, dan memegang erat tangan ku. "Maafkan ling, lama suda ling mau bagitau sama sayang, ling rasa lega sebab sudah jujur dengan sayang. maafkan ling, ahling sayang sayang".

.
Aku diam,kakuh, bisu sampai la ke rumah. Badan rasa macam mau demam.

Sambung part 9.

Khamis, 29 Mac 2018

Hadija Dija part 7

PART 7.
======================================
""Ah kenapa kau mau jumpa aku"?
"Ya memang kami mau rujuk semula, jadi kenapa la"? ,sambil aku peluk si bacok, (kita main siyko la, kasi panas-panas si betina), eh boleh pulak aku sempat mensiyko dia kan dalam keadaan begini, memang kau win Dija, bravo laaa untuk diri sendiri, kalau orang lain memang tar la muka mu tu. Huhuhu.

.
Sebenarnya dalam hati ku ni berapi-api sudah masa tu, tapi aku di kawal rapi oleh si bacok supaya tidak melakukan serangan hendap dengan si becek. Pokok nya di kawal habis aku.

.
"Abang cakap la apa yang kita bincang kan tadi tu", cinabeng betul punya betina murahan, berani nya kau panggil si bacok "abang" depan ku,  wowww abang nenek kebayan mu la betina!!!

.
"Pasal bini Ke dua tu" kata betina tu, aku dengar terus berasap "ah apa?  Bini kedua"?? Ya Allah, sudahla memang hati ku ni hancur, dia boleh cakap lagi bini Ke 2?? Aku terus jawab "OK la bacok, kalau betul kau mau dia jadi bini kedua, kau pergi la sama dia, aku mau balik, sini bag ku tu, kau pergila dengan dia " kebetulan bag sandang ku si bacok yang pegang. Aku rasa macam ada api jak di kepala ku ni,tinggal jadi super sya pun ada. Ya Allah sakittttt nya hati.

.
Sudah begitu, si bacok lagi yang berkata "tak boleh becek, aku sayang dia, aku sayang anak-anak ku, aku ada anak dengan dia " berbunga-bunga jugala aku dia cakap macam tu depan betina sundal ni, aku tengok muka si betina jadi bengang, dalam hati ku berkata weekkk kesian kau ndak di sayang, aku yang paling di sayang kahkahkahakah (ketawa jahat dalam hati). Padan muka kau betina tak sedar diri!!!.

"Ah kau dengar ka dia cakap apa tu? " dia pilih aku, jadi aku sedar sikitt diri mu tu, kau tu sekadar perempuan simpanan jak" kata ku, sambil aku peluk cium si bacok, ah ini kali la, kalau boleh mau saja ku cium bibir nya di situ huhuhu.

.
"Bertahan sebab anak-anak jer kan" jawab betina tu, ya Allah perempuan apa bah di depan ku ni, perempuan ka pondan ni, kenapa betul-betul tiada rasa belas kasihan ni kau betina. Mana bah sudah rasa malu mu ni wahai betina!!!

.
Dia cuba mendekati si bacok, di pegang-pegang nya tangan si bacok, fuhhhhhhh naik terus temperature ku 40 darjah celcius. "Oiiii betina jahanam" jerit ku "kau jangan sentuh suami aku la bodoh!!!! " ya Allah aku betul naik hantu kali ni, sampai orang-orang yang duduk di restoran berdiri menengok, "kan dah cerai,  sebelum ni pun lebih dari sentuh pun" jawabnya. Ya Allah, kau berikan la aku kekuatan doaku dalam hati, serius masa ni aku betul-betul mau pitam sudah. Aku tanya si bacok," betul ka apa yang betina tu cakapkan tadi. " ya aku mengaku aku sudah ***** dengan dia banyak kali". Hancur hati ku ya Allah, sakittttttt tu aku mau cakap macam mana ya. Aku tengok muka betina tu, dia senyum sinis seakan bangga.

Sambung part 8.

Selasa, 1 Ogos 2017

Hadija Dija part 6

PART 6.
======================================
"Sayang turun bawah rumah ni, si .becek mau jumpa"

Aku bergegas turun ke bawah rumah berek (luar pagar berhadapan dengan restoran), ya Allah, bergegar satu badan. Aku bawah istifar. Aku tarik nafas panjang. Sekali lagi aku berbisik dalam hati ni. Dija ingat anak-anak. Sabar sabar sabar. Kalau kamu la di tempat ku, betina perosak ni tiba-tiba datang mau jumpa kamu apa yang kamu buat?, tapi aku masi boleh kawal tingkah laku ku. Aku nak dengar apa lagi yang dia cuba cakap kan, apa lagi yang dia cuba buat untuk mengancurkan rumah tangga ku. Ya memang suda berjaya pun dia hancurkan. Tapi bukan semudah itu aku mengalah. Aku belum habis berjuang lagi.

.
Masa aku turun tu, si bacok peluk aku, mungkin dia ingat aku ni mau menerjah la kekasih hati nya ni. Tidak la bacok, aku cool bah. Dalam keadaan begini pun aku masi boleh bersabar. Tapi aku dapat rasa pipi ku merah menahan segala apa yang aku pendam dengan betina ni. Tapi aku kawal, dengar apa yang dia nak sampai kan.

.
"Sayang dia tak percaya yang kita mau rujuk balik", aku terdiam. Ohhhh rupanya masi lagi kau ni betina, dalam hati aku berhuhuhu. Dasar murahan!!!! 

.
Aku pandang betina tu, di bawah samar-samar lampu jalan raya tu,  walau dalam keadaan samar tu aku dapat tengok kawa di muka nya,
Sempat juga la mengutuk dalam hati ku "banyak nya jerawat dan lubang-kawa di muka mu " dalam hati aku mengutuk lagi "perempuan macam ni yang kau idam-idam kan bacok"? aku ketawa dalam hati, ermmn low class punya betina. Yang kau ni pun bacok, kalau nak cari bakal madu ku pun, cari la yang elok-elok sikit, Ini apa kelassss. Ndak bah 😝.

.
Masa aku turun dari rumah tu, aku ingat lagi aku pakai baju bendera Malaysia ntah baju apa dorang panggil tu, seperti yang mama jaja post ni la baju dia.  Ah baju dia pun memang. Katanya "yang kau pakai baju ni pun, baju aku" ya Allah menyirap satu badan. Jahanam betol la , kau bawah balik rumah rupanya baju Perempuan Murahan ni. Sumpah ku. Ada aku kesah?. Baju mu ka,  baju nenek mu ka. Kesah? 😏. Maka dalam hati ni mau menampar saja kedua nya biar benjol. Huhuhu.

.
Dia cuba tarik baju yang aku pakai tu "baju aku ni" sambil pegang hujung baju yang yang melekat di badan ku. Memang Murahan style punya betina bah uolls. Macam betul-betul dalam drama perempuan murahan pengoda tu. Watak si Nabila Huda selalu bawah. Ah sama la tu. Sebiji, tapi ni reall memang betul-betul sundalan. Huhuhu. Baju yang dia pakai masi aku ingat lagi, caler hijau satu tali (singlet).
.
Rupanya betina tu tidak puas hati si bacok mau rujuk balik dengan aku. Sanggup jadi bini kedua. Dia pujuk si bacok ni untuk tidak rujuk balik. Ya Allah. Perempuan apa bah ini aku cakap.

Sambung lagi part 7.

Hadija Dija part 5

PART 5.
=====================================
Kami lost contact selama sebulan, masing-masing bawah diri. Lepas kami berpisah, aku pikir aku dapat bawah diri tanpa si bacok di sisi, ternyata aku silap. Siksa nya aku rasa. Serius aku belum bersedia lagi. Aku masi sayangkan dia. Sumpah aku tak boleh hidup tanpa dia. Dengan anak-anak yang masi kecil perlukan kasih sayang seorang abah di sisi. Di sini aku belajar untuk tidak menyerahkan sepenuh cinta pada manusia, sebab bila kita kehilangan nya, bila sampai masa dia bukan milik kita, aku tidak terlalu sakit bila satu hari aku kehilangannya. Sakit yang luar biasa sekali.

.
Masa ni aku tersedar yang selama ni terlalu banyak kesilapan yang aku buat, mungkin terlalu "Jelek" di mata nya. Semua sebab terlalu sayang, bukan niat di hati untuk menjadi "Queen Control", seperti betina tu pernah nyatakan, aku cuma takut kehilangan dia.

.
Dan akhiranya aku memang aku kehilangan dia. Agak terlewat sudah bah kan, tapi aku ingin mencuba lagi. Aku ingin mencuba menjadi  isteri yang soleha isteri yang baik untuk dia.
Aku nekad untuk perbaiki semua kesilapan aku. Aku perlu berjuang mempertahankan rumah tangga ku.

.
Dia tukar hpone number tanpa pengetahuan ku, bisik ku,dia betul-betul dah lupakan aku dan anak-anak dah masa ni kami masi berpisah, satu di Tawau, satu lagi di Puchong. Aku bernekad dalam hati, aku mesti pujuk dia balik untuk rujuk.

.
Dalam masa yang sama, aku cuba mencari punca lain mengapa kami sering selalu "panas" kalau berjumpa dan sering bergaduh, keharmonian rumah tangga tu langsung tiada, kalau dulu aku selalu saja dengar tentang gangguan di alam rumah tangga, lepas kena batang hidung baru aku percaya benda ni memang betul-betul wujud di zaman yang serba canggih ni, aku cuba bawah berjumpa ustaz di merotai, ustaz Mansur nama nya kalau tidak silap, ya Allah sakit senggara hanya Aku dan Allah yang tau azab nya macam mana.

.
Di setiap hujung jari kaki tangan ku ni bila di sentuh (lepas ustaz tu baca ayat-ayat suci) aku rasa hirisan pisau, sakitttttttt 😭. Senggara aku di kerjakan. Sakit tidak usah cakap la. Aku rasa nyawa bagai hendak terputus, badan ku ni di sana sini biru ( ustaz tu hanya buat rawatan dengan membaca ayat-ayat suci al-quran). Menurut ustaz, memang Ada yang sedang cuba untuk menghancurkan rumah tangga kami.

.
Aku tidak mau mention siapa orang nya yang menghantar sihir tu dengan aku. Sebab ustaz memang tak ada bagitau siapa. Cuma memang ada yang sedang bertungkus lumus untuk menghancurkan rumah tangga yang aku bina hampir 7 tahun.

.
Lepas berubat tu, di situ aku nekad untuk datang pujuk bekas suami ku. Tiada seorang pun tau aku datang pujuk dia. Aku buang #ego,  aku datang puchong pujuk rayu dia untuk rujuk balik, serius aku masi sayangkan dia. Biarla aku minta simpati nya untuk terima aku balik, aku betul-betul ingin kan rumah tangga aku balik macam dulu, bahagia macam masa mula-mula kami kawen dulu.

.
Aku sampai di semenanjung, aku menumpang di rumah kakak ku di Meru, Klang. Masa ni aku hanya datang seorang, anak-anak aku tak bawah, mereka di Sabah bersama mertua aku yang jaga, kebetulan datang semenanjung untuk urusan busnes (aku berniaga online).

.
Aku berusaha jejak dan dapatkan number telefon nya, Alhamdullilah dapat juga hanphone number nya. Masa aku mula-mula nak contact dia tu, aku private kan number ku, sebab kalau dia tau yang aku hubungi dia, mesti dia tidak akan layan. Sebelum call tu aku berdoa dalam hati minta bantuan dengan Allah,  semoga Allah lembutkan hati nya. Macam yang aku ceritakan di part 4 dia memang berubah 360 darjah. Aku dah tak kenal dengan bacok yang dulu, aku rindu bacok yang dulu. Kasih sayang tu sedikit pun aku tidak dapat rasa suda.Tapi aku tolak tepi semua tu. Aku perlu bertindak. Aku perlu korbankan perasaan ku masa ni. Semua sebab #sayang.

.
Aku call dia, aku dengar suaranya di corong telefon, ya Allah aku rindu suara itu, aku terlalu rindu kau, aku ingat kan dia rindukan aku, tapi aku di tolak dan di marah sebab hubungi dia. Ego nya seorang lelaki. Dalam hati aku, jangan megalah Dija, teruskan perjuangan mu. Dalam kepala otak ni, aku nak selamat kan rumah tangga ku.

.
Again, aku call dia tapi aku di layan bagai sampah, langsung tidak di pandang walau seinci pun. Ya Allah pedih menusuk kejantung. Aku rasa macam pengemis cinta masa tu. Mengemis cinta bekas suami yang aku betul-betul sayang. Ego nya kau wahai abah kepada anak-anak ku.

.
Walaupun aku call dia tak angkat, tapi aku berusaha juga, aku call sampai dia jawab panggilan ku. Dalam hati ni hanya minta bantuan dari Allah jak, berdoa semoga Allah permudahkan urusan ku. Betul-betul macam pengemis aku rasa di situ. Air mata tak usah cakap la. Tumpah dan tumpah lagi, sakit megemis cinta orang yang tidak sudi.

.
Aku call dia sampai dia jawab, aku memang tidak mengenal erti putus asa masa tu, dan akhirnya dia jawab, "aku mau jumpa kau" kata ku, namun dia bertegas untuk tidak mau berjumpa, panggilan di putuskan. Ya Allah pedih ku rasa sekali lagi.

.
Aku tidak berputus asa, aku cuba jejaki dia di rumah berek (di balai polis Puchong Jaya) tempat tinggal ku dengan dia dan anak-anak. Nampak tak aku tolak tepi semua ego ku untuk selamat kan rumah tangga ku, tapi mungkin dia tidak nampak sedikit pun. Dia letak Ego di tempat  yang paling atas masa tu,  dan aku buang semua ego yang aku ada hanya untuk dia dan anak-anak ku.

.
Tidak semudah itu rupanya, bila jumpa dia aku di halau dari rumah tu, tapi aku bertahan, dalam hati aku berbisik "aku mau kau balik", aku pujuk rayu dia, kita balik Sabah berubat. Aku ceritakan semua apa yang jadi dengan aku masa ustaz tu ubat aku. Tapi dia masi berkeras dengan pendirian nya. Tak nak balik Sabah, tak nak rujuk semula. Ya Allah aku tak tau mau buat apa lagi.

.
Aku berusaha lagi sampai aku dapat pujuk dia untuk balik dan rujuk semula. Alhamdullilah, sujud syukur sebab Allah tunaikan juga permintaan ku. Aku berjaya pujuk dia berubat dan balik Tawau dan dia setujuh untuk rujuk semula. Sujud syukur ya Allah. Aku dah terbayang-bayang yang kehidupan kami akan bahagia lepas ni. Itula niat ku sebenarnya. Aku ingin kan rumah tangga kami ni balik seperti dulu. Aku beli buku, belajar untuk menjadi isteri soleha 😍.

.
Dalam aku bergembira sebab dapat pujuk dia balik dan rujuk semula, aku terkejut dia call aku cakap "sayang turun bawah rumah ni si becek mau jumpa", ya Allah aku bagai di tampar bah. Apa lagi betina ni mau kan, kenapa dia tak habis-habis lagi untuk menganggu aku dan si bacok.

Kita sambung part 6.

Hadija Dija part 4

PART 4.
======================================
Status whatsapp perempuan tu aku pernah stalk dia siap letak "HAK MILIK BBA" (BBA = BACOK BIN ACOK). Ok aku bertenang, dalam hati aku cakap, sabar ya Dija, selagi boleh bersabar sabar. Ingat anak-anak. Pernah juga aku tengok status di letak profile pic betina tu gambar perkataan  "BITCH", aku search la apa maksud tu apa, maklum la kita ni kan om puteh ni mana la paham sangattt kan, orang kampung mana pandai cakap omputeh, setakad yes no yes no tau laaa. Search perkataan tu, dapat tau maksud dia wowwwwwwwww!!!  Aku dalam hati, kau ni sindir diri sendiri ka?  See?  Nampak ka di situ, perempuan perampas ni punya peragai macam mana. Aku malas nak ulas. Korang pikir la sendiri 😂. Salah satu status dia tujuh khas untuk aku. Dalam Gambar yang mama jaja post ni la😂.

.
Pernah tu sekali dia buat status "KARMA IS AROUND YOU". Ini aku gelak, memang tak sedar diri betol la betina ni, banyak lagi la status nya yang dia memang tujuh khas special untuk ku. Aku kan di sayang 😝. So banyak la kata-kata nasihat untuk aku

.
Status FB dia up macam-macam, seoalah dia ni punya suami yang tengah nak di rampas, yang si isteri ni relekss jak, kan sabar itu indah 😜.

.
OK la kita story macam mana boleh si becek ni datang rumah aku, minta izin jadi bini Ke dua.
Ceritanya begini, sebelum dia datang rumah tu, actually aku dan si bacok balik Sabah sebab memeriahkan majlis perkahwinan adik perempuan bongsu si bacok ni.

.
Alhamdullilah sekarang bekas adik ipar ku tu dah punya satu anak lelaki yang sangat comel. Apa-apa pun aku tetap anggap dia adik ipar aku dunia akhirat. Perhubungan aku dengan adik ipar tu pun baik, walau tak serapat dulu, tapi still kami berhubung dan salah satu custmer mama jaja sampai sekarang, adik ipar emuahh cikitt 😘. Mak mertua aku pun bagus dengan aku, part cerita pasal mak mertua aku ni buat aku nangis sambil menaip story ni, dia la mertua yang terbaik aku anggap di dunia ni, kalau boleh aku terinigin mempunyai mak mertua sebaik dia suatu hari nanti, bertuah kau betina kalau kau jadi kawen dengan si bacok tu dapat mertua yang terlalu bagus bagi aku.

.
Mak aku rindu mamak, maafkan aku sebab tidak dapat menjadi menantu yang baik untuk mak. Aku rindu mau borak dengan mak, dengar luahan hati mak 😭. Aku ingat lagi, masa aku hidup susah dengan si bacok dulu, masa si bacok jadi nelayan dan aku penjual ikan, masa tu memang kehidupan kami sangat sempit dari segi wang ringgit, aku dan si bacok dan Allah saja yang tau apa yang kami rasai.

.
Mak mertua la yang banyak membantu. Dia la mertua yang terhebat aku rasa. Masa aku berpantang dulu, aku dijaga seperti anak nya sendiri, dari makan sampai la air mandian aku dia yang uruskan. Sampai la aku habis pantang. Dia seperti arwah mak, terlalu baik dan terlalu ambil berat hal anak-anak. Kini, aku tiada mak, tiada tempat untuk aku menumpang kasih seorang Ibu (aku nanges weeeiii serius aku sayang dengan mak mertua aku tu)  aku hanya memiliki seorang Ayah yang sangat penyanyang sekarang.

.
Al - Fatiha untuk arwah mak kandung ku HJH MARIATI GANING Dan bapa MERTUA AMIN BIN JANUDI. semoga arwah di tempatkan dalam golongan orang yang beriman. AMIN.

.
Lepas habis majlis kawen adik ipar aku tu, si bacok balik ke KL duluan, dalam seminggu macam tu baru aku dan anak-anak menyusul di belakang, si bacok tidak boleh bercuti lama dengan alasan kerja.

.
Part ni la bagi aku tamparan yang paling hebat aku rasa. Biasa nya setiap kali si bacok kantoi aku berada di KL,  tapi kali ni terkantoi 2 hari sebelum aku balik ke KL, aku tak tau la setiap kali "terkantoi" mesti masa 2 hari aku balik Tawau atau balik KL, aku anggap itu cuma kebetulan, atau Allah memang mau kasi nampak lagi aku #bukti supaya aku ni buka mata untuk tidak terus di perbodohakan oleh seorang suami yang aku terlalu sayang ketika itu.

.
Macam mana terkantoi lagi? Aku cek bill stment number phone nya (postpaid) di email, register number tu pakai nama aku so boleh jer kalau nak cek number k

Isnin, 31 Julai 2017

Hadija Dija part 3

PART 3.
=======================================
Si becek pujuk rayu aku, supaya tak minta cerai dengan si bacok, kunun nak bagi tengok yang dia ambil berat pasal #family si bacok ni, huhuhu. Nampak tak permainan orang perampas ni.

.
Bagi akula perempuan perampas ni, 1st menganggap diri mereka ni #suci di depan si jantan, suci apa nya aku pun tak tau nak cerita macam mana.

.
1st kantoi tu siap cakap dengan aku "kak, akak bawah bincang elok-elok dengan bacok ya, bacok kan ada dekat rumah, kesian anak-anak akak, dia sayang kan anak-anak & akak" please kak. Jangan la minta cerai dengan bacok". "Kesian kat dia kak, kalau akak nak kita bertiga jumpa face to face pun boleh", " kita selesaikan masalah kita ni elok-elok".

.
Fuhhhhhh!!!  Aku ingat lagi setiap whatsapp betina tu, memang nampak sangat suci la uolls, nampak dia tu perempuan yang bagus, paling suci dalam dunia. Sampai tahap aku menyampah sangat-sangat. Sampai aku malas nak balas whatsapp betina tu.

.
Masa mula-mula dulu tu, aku tak paham la sebenarnya dengan perempuan perampas ni dan akhirnya aku dapat buat rumusan peragai perempuan perampas ni (sila follow sampai habis).

.
Dah kantoi tu, aku balik Sabah, masa tu aku rahsiakan apa yang jadi dekat family, termasuk bapa dan arwah mak 😭. Masa tu bapa dapat panggilan haji (2015).

.
Berbalik pada ugutan untuk cerai, aku ambil borang tuntutan fasakh (acah-acah jak ambil borang dan send dekat dia). Dia pujuk jugala, walau pun pujukan dia tak la power mana pun 😏. Masa tu sayang aku lagi kuat dengan dia, cinta aku terlalu kuat sampaila aku cair dengan pujuk rayu dia untuk bagi satu lagi #peluang.

.
Aku lalui hari-hari aku macam biasa, aku ingatkan dengan menerima dan memberi peluang kepada dia aku akan lebih bahagia, weiiii lain perasaan ni bila orang yang kau sayang dah sakiti kau dengan #kecurangan, kalau benda lain tak juga menghantui di kepala otak ni. Tapi bab-bab kayu tiga ni lain sikit weiiii!!!

.
Aku tak nak cerita banyak pasal kehidupan aku masa tu apa yang aku dan dia lalui, hari berganti bulan,bulan berganti tahun, walau macam mana pun kau tipu isteri kau di belakang, Allah tetap tunjukan juga, satu persatu.

.
Aku memang dapat rasakan yang si becek dan si bacok ni memang masi bersama. Tapi aku diamkan saja, sebab tak nak di tuduh terlalu cemburu. Aku diam kan diri. Tapi memang Allah nak tunjukan juga, sekali lagi, 2 hari sebelum aku balik #Tawau  kantoi lagi si bacok simpan satu hand phone di motor nya, tengok screen miscall from "my love". Berhuhuhuhu dalam hati aku.

.
Masa kantoi hand phone tu, aku minta paswod nak tengok dalam dia, sekali lagi bergaduh besar, sampai iPhone 6+ si bacok hancur kan. Berkecai, dia nak hapus bukti kot sebab tu hancurkan hand phone tu. Ya Allah ujian datang lagi. Kali ni aku rasa lagi sakit aku rasa. Sebab aku tengok perubahan layanan si bacok dengan aku dan anak-anak. Memang berubah 360 darjah. Aku tak nak cerita panjang pasal perubahan tu. Biasala kalau kita hidup dalam keadaan sekeliling dengan pujian, ada manusia yang mula sombong dan angkuh,menganggap diri mereka la paling berkuasa. Aku suka lirik lagu ni :

Adakah kau rasa Dunia isinya
Hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa

Adakah kau lupa Ataupun kau buta
Kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja

Kuasa harta wanita Menaburi minda
Mengotori jiwa dan bicara

Bila bicara Bicaranya semua besar
Mendabik dada Besar egonya
Lupa diri lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam kelam terbungkam
Jiwa tak tenang Kalah dalam menang.

.
Berbalik lagi kepada cerita si becek, dalam tempoh aku menempuh hari-hari aku dengan si bacok, dia dah menampakan taring dan menampakan siapa diri dia sebenarnya. Serius betina ni memang sedang mencabar aku, mencabar aku sebagai isteri, mentang-mentang la aku dah berdiam diri, tapi aku seolah di pancing dengan tindakan halusssss betina ni. Kalau di part 2 tu kan main lagi dia memujuk rayu aku ni untuk tidak menuntut cerai dengan si bacok kan, fuhhh pijak semut pun tak mati!!

.
Masa tu, aku terus terang aku stalk betina ni (nak juga bah kenal-kenal bakal madu aku ni dari mana, asal usul nya kan😛). Ohh dari Bukit Mertajam Pulau Pinang rupanya 😊. Tengok la, stalk dia dekat fb, kadang-kadang nak juga tengok status Whatsapp dia 😝, dah macam spy pun ada aku rasa masa tu. Tapi itu dulu la, sekarang ni lahaiii tak dah masa nak stalk naw ya 😏. Kalau ingat balik macam buang masa jerr.

.
Korang nak tau ke apa jer isi kandungan status dia?  Sindiran dia pada aku ni memeng pedas juga la, aku tak pernah pun up status dekat fb or mana-mana sindir orang sana sini, tapi aku tengok dia ni bukan main lagi. Kan aku dah cakap dia dah menampakan siapa diri nya yang sebenar.

.
OK bersambung part 4. Part ni aku nak cerita dia datang rumah aku sebab nak jadi bini kedua pulak.

Hadija Dija part 2

Part 2.
=======================================
Pengalaman aku pasal peragai sebenar perempuan perampas ni bila mula-mula kantoi.

.
1st kantoi tu tahun 2015, masa tu aku baru habis pantang anak aku yang kedua berumur 3 bulan, masa tu badan aku memang agak cubby (84kg kot, apa ke hal aku di panggil sapi kan 😏).

.
Masa ni aku jaga jugala penampilan aku, bukan tak jaga pon, makeup la juga sikit-sikit walaupun baru aku #tersedar sebelum ni kening aku ukir ala sinchan rupanya. Huhuhuhu. Aku tetap juga berusaha untuk kelihatan cantik depan laki aku. Tanpa aku sedar rupanya ada #betina kehausan dengan #batang laki orang. Banyak-banyak bujang #biji laki aku juga yang kau cari kan.

.
Masa mula-mula kantoi tu, tak payah cakap la, sumpahan semua keluar dari mulut aku ni, laki aku kantoi ada perempuan lain, laki ok bukan bf bukan tunang !!! ya Allah masa tu aku down teramat,  badan mengingil macam kena kejutan electric!!.

.
Masa kantoi pertama tu aku ingat lagi jam 7am 2 hari sebelum aku balik #Tawau. Laki aku baru balik keja (hastag dengan harapan betul-betul pergi kerja). Ok masa dia balik tu dia terus tido,  Maybe Allah nak tunjuk satu-satu dekat aku siapa laki aku yang selama ni di belakang isteri yang setia macam aku ni. Pagi tu aku nak pinjam hand phone dia,  pinjam kouta internet untuk buat akaun transfer dengan supplier (kouta aku masa tu dah inalilla).

.
Lain yang aku cari, lain pula yang aku dapat, whatsapp masuk " Bacok Bin Acok" (bukan nama sebenar) kita putus". Weiii dia siap sebut nama full laki aku lagi ok!!.

.
OK aku cuba bertenang,  tapi memang tak boleh weiii tak boleh, istifar pun aku dah lupa macam mana nak sebut, aku naik hantu, aku cuba kawal perasaan. Tapi seriously perasaan masa tu memang dah hancur, remuk, terbakar,rentung  semua ada. Sampai hati kau Bacok buat aku macam ni 😭.

.
OK part perempuan ni masa kantoi, aku cuba call dia pakai si bacok ni punya hand phone, tapi tak terjawab, call banyak kali dia tak angkat, aku syak maybe dia tengah gaduh besar dengan si bacok ni, sampai dia sanggup #kantoi kan diri sendiri, sebab si Bacok ni rupanya ada spart lagi satu hand phone dengan si betina ni, kalau betul-betul pun mencari sama si bacok why perlu cari bacok tu di hand phone yang biasa dia pakai kan , kenapa tak cari saja di number kau selalu mengedik tu.si #becek la kita panggil dia ya, sedap sikit. Hasil kajian aku di situ aku dapat tangkap 
yang si becek ni memang suda ada agenda tersendiri yang dia sudah rancang. Iaitu, menghancurkan rumah tangga aku dengan si bacok.

.
Di jadikan cerita, masa tu aku memang dah naik hantu, apa lagi aku whatsapp si becek tu  dengan sumpahan langit ketujuh, huhuhu memang tak boleh terima la sebenarnya laki aku curang weii!!! memang terkena royanan habis kau betina masa tu, kau layan hadap la aku meroyan sebab kau dah kacau laki aku!!!

.
Masa tu aku baru tau rupanya si becek ni pun #PDRM juga, wowww hebat kata ku dalam hati,  sama-sama berkerjaya. Satu opis lagi. Fuhhhh!! Kagum aku !! Syabas betteh.

.
Aku tunggu juga si becek ni balas whatsapp aku, ingat kan bakal madu aku ni sombong, rupanya di balas juga whatsapp ku ya, dengan segala sumpahan aku tadi tu, dia balas aku #sweet sangattt,  ya Allah dalam hati aku ni pun berdetik "patutla laki aku cari betina ni, sebab tengok memang bagus, walau di maki hamun tapi balas punya sweet lembuttttt jerrr", dalam hati aku cakap laaaa sebab masa tu 1st time berbalas whatsapp dengan bakal madu kan 😝.

.
Dia merayu dengan aku supaya tak minta cerai dengan si bacok ni, sebab aku ada bagitau si bacok ni kalau dah tak suka, bagus kita cerai jer, aku balik Sabah aku akan urus, (sebenarnya aku ugut jer pun), masa tu sayang aku dengan dia masi terlalu kuat, gila apa aku nak cerai kan laki aku, nampak tak?.

.
Bertapa tabah nya hati seorang isteri kepada kau wahai suami ni macam mana?  kau tikam dia hidup-hidup di belakang pun dia masi boleh terima baik buruk kau. Semua tu sebab #kasihSayang. Isteri kau terlalu sayangkan kau.

.
Kadang-kadang isteri ni susah nak ucap perkataan sayang dekat kau, tapi dalam hati isteri kau tu kau boleh belah dan kau tengok nama kau dah terpatri "Bacok Bin Acok" sebenarnya. Hastag masa tu dia masi sayang kan kau la.

.
Berbalik pada cerita si becek, dia merayu "akak jangan la minta cerai dengan si Bacok,  si bacok sayang kan akak dan anak-anak,  saya merayu dekat akak, saya dah pulangkan balik si bacok dengan akak", " please kak jangan minta cerai dengan si bacok", "kesian kan la si bacok kak".

.
OK kita sambung part 3, kita tengok peragai sebenar betina perampas ni macam mana,  kita bongkar satu persatu. Harap-harap korang jangan terbakar pulak sudah di part 3 nanti.